Sunday, October 14, 2012

Sebulan Sudah...

1 comment
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi selepas sebulan aku menjadi tunang orang. Tunang kepada Nadya Binti Abdul Hamid. Waktu-waktu manis masih di lalui dengan teguhnye, aku masih igat lagi apa bila orang berkata, bila kite menjadi tunang org, banyak dugaan yang akan melanda, lebih pahit dan macam-macam lagi yang di perkatakan. Itu semua aku tak boleh nafikan lah dah memang lumrah hidup.


Jutaan terima kasih pada keluarga, sedara-mara dan kawan-kawan aku yang sangup memeriahkan hari pertunangan aku. Alhamdulillah apa yang aku rancang semuanye berjalan dengan lancar. Dan juga terima kasih kepada keluarga pihak sebelah atas jamuan yang amat sedap dan menarik sekali.

Akhiri sekali, Doakn Hubungan kami berkekalan sampai selama-lamanya.

Keluarga yang ku Sayangi


 Kawan-kawan yang smpoii.. teamPG (phoiibGroup)




Dan yang last sekali.. Cik Nadya.. (Sayang)




Semoga kite akan berkekalan.. Aminn....
15.09.2012

Wednesday, November 3, 2010

0comments
aPa Ertinya Sahabat..?




Indah Khabar Dari Rupa

apa gunanya berteman...
andai tiada kejujuran dan keikhlasan...
hidup memang tak semudah yang kita sangkakan...
usah ditanya mana perginya teman..
andai tiada kesedaran dalam jiwa sendiri..
bila tertumpahnya setitik titik hitam di hati...
tak bermakna lagi ikatan persahabatan kita...

apa ertinya bersahabat ..
andai tak mengerti antara satu sama lain..????

kawan makan kawan????


muka bertalam-talam...!!!!!!

benar kata pepatah...
lidah itu lebih tajam dari mata pedang....

fikir dahulu sebelum berkata-kata...
selidik dulu sebelum meluahkan..

mcm tue jugak.... bila dikatakan...
telajak perahu boleh diundur...
telajak kata..buruk padahnya...

hati mana yang tidak kecewa?????

bila hatiku terguris.....
usahkan lagi kau ubati dengan pujuk rayumu...


Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....


Sunday, September 19, 2010

0comments
Raye Kembali Lagi.....






Salam semua... sesudah sebulan kite berpuasa.. akhirnye aidilfitri menjelang kembali..
memang mnyeronokkan bila kite suma berada di bulan syawal, biase lah.. dah tiba hari raye. ape lagi kite kolet lah duit raye bnyak2.. he3. tpi aku dah bsar laa.. dah x leh nak mntak duit raye lagi.. aku kne bgi duit raye ade lah..

Raye pertama :

Tahun ni aku raye kat kL dulu.. pas2 bru balik raye kat kampung.. ah kampung aku kat mne.>?
kat mane lagi.. kat Tanjung Karang, kuala Selangor.. ah awal2 pagi aku dah siap2 nak g masjid utk tunaikn solat sunat hari raye.. aku igat lepas je smbahyang raye nak g raye kat putrajaya.. tpi ape kan daya.. aku dah kne balik kg awal lorr.. kempunan aku nak g raye kat putrajaya awal2 pagi raye 2.. hu3.. ermm tapi x pe lah, sampai kg awal pown best gak.. he3 :P
Bila smpai je kat kg, tmpat prtame aku g adelah di dapur umh nenek aku... macam biase lah
nak tgok ape hidangan best.. he3, takkan x tau. aku ni kan kuat makn.. :D
raye pertame kat kg aku dowk umah jee... tunggu tertamu datg.. sbb tahun ni rmai sedare-mare aku raye belah mentuanye.. 2 yg x best g raye sorg2.. aku kne tggu dorang semua blik laa..
petang raye aku ape lagi.. dah takde kje nak di buat.. main meriam laa.. hahahahaa..




Raye Kedua :

Dah kebiasaan fmly aku.. bila raye kedua je suma yg g raye kat blah mntua akn blik..
time ni lah aku tggu sdare2 aku yg dah lme x jmpe. hu3.. (alamak sedh lak!!! ) tpi xpe2.
itu dah jdi pekara biases... ermm laps je smbahyang subuh. aku tgok pakcik aku dah kluar
dgan cmera dia.. biase lah cmera baru.. ape model? perrr Nikon D3000 tuuu.... aku tgok
pown dah geram.. geram bukan nak makan lahh.. rase nak ade satu jee.. xpe2 nnti aku beli..

Thursday, July 1, 2010

0comments

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan
mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri
pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam
bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri
satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba
menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab :-

Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang............. !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing
mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

p/s - makan memang lah dengan tangan. tak kan guna kaki pula :D


0comments
Salam semua... dah lme x update blog..
biase laa.. bz skit.. ermm ari ni kite dgar crita terbaru...
Laaayan....


Wednesday, May 26, 2010

0comments

NEW MODEL RX-Z

NAK TEMPAH TAK? NI LIMITED EDITION TAU? CEPAT2 NANTI HABIS..

0comments

SEJARAH MELAKA YANG KORANG TAK TAHU




Assalamualaikum. Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah terdengar orang tua-tua bercerita pasal sejarah Melaka. Cerita ini tidak tercatat di mana-mana buku sejarah dan hal ini adalah berkenaan dengan punca kekalahan Melaka semasa peperangan kedua menentang Portugis (Melaka berjaya mematahkan serangan Portugis ketika peperangan pertama dengan meletakkan obor api di sekeliling pantai). Sungguh bijak orang Melaka! Seterusnya mari kita lihat punca kekalahan Melaka ketika peperangan kedua.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kekalahan tersebut. Antaranya, kes pertarungan Tuah dan Jebat. Setelah ketiadaan Jebat, Hang Tuah merasa teramat kesal, maka dia telah menghilangkan diri. Diikuti juga dengan Lekir, Lekiu dan Kasturi. Mereka berasa amat malu dengan kejadian tersebut dan turut mengikuti jejak langkah Hang tuah (Dengan takdir Allah, Tuah, Lekiu, Lekir dan Kasturi telah bertemu semula di Pangkalan TLDM Lumut. Diorang dah bertukar jadi kapal Navy).




Setelah ketiadaan 5 Hulubalang Melaka, kebetulan Portugis sedang merancang untuk menyerang Melaka untuk kali ke-2. Sultan Melaka (Sultan Mahmud) berasa bimbang dengan kekuatan anggota tenteranya memandangkan ketiadaan panglima sehebat Tuah 5 saudara. Jadi Sultan telah menitahkan kepada rakyat Melaka, pakej hadiah hebat menanti siapa yang berkebolehan bagi menggantikan tempat Tuah.

Nak dijadikan cerita, tersebutlah ada seorang pahlawan dari Negeri Sembilan (Naning) datang menawarkan diri. Sungguh hebat ilmunya. Hampir sehebat Tuah. Sultan Mahmud berasa amat gembira dengan kehadiran pahlawan tersebut.

Tetapi malangnya Melaka tetap tewas ditangan Portugis kerana.....sewaktu serangan hendak bermula, pahlawan Negeri Sembilan telah memberikan arahan 'SOGHAAAAANG, SOGHAAAAANG, SOGHAAAANG........askar Melaka tak faham, jadi diorang keluar seorang demi seorang......so macam mana nak menang?

hehe..just joke..

DaLam KenanGan

DaLam KenanGan
 

™Tentang Dunia kYo Roy Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009