SEJARAH MELAKA YANG KORANG TAK TAHU
Assalamualaikum. Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah terdengar orang tua-tua bercerita pasal sejarah Melaka. Cerita ini tidak tercatat di mana-mana buku sejarah dan hal ini adalah berkenaan dengan punca kekalahan Melaka semasa peperangan kedua menentang Portugis (Melaka berjaya mematahkan serangan Portugis ketika peperangan pertama dengan meletakkan obor api di sekeliling pantai). Sungguh bijak orang Melaka! Seterusnya mari kita lihat punca kekalahan Melaka ketika peperangan kedua.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kekalahan tersebut. Antaranya, kes pertarungan Tuah dan Jebat. Setelah ketiadaan Jebat, Hang Tuah merasa teramat kesal, maka dia telah menghilangkan diri. Diikuti juga dengan Lekir, Lekiu dan Kasturi. Mereka berasa amat malu dengan kejadian tersebut dan turut mengikuti jejak langkah Hang tuah (Dengan takdir Allah, Tuah, Lekiu, Lekir dan Kasturi telah bertemu semula di Pangkalan TLDM Lumut. Diorang dah bertukar jadi kapal Navy).
Setelah ketiadaan 5 Hulubalang Melaka, kebetulan Portugis sedang merancang untuk menyerang Melaka untuk kali ke-2. Sultan Melaka (Sultan Mahmud) berasa bimbang dengan kekuatan anggota tenteranya memandangkan ketiadaan panglima sehebat Tuah 5 saudara. Jadi Sultan telah menitahkan kepada rakyat Melaka, pakej hadiah hebat menanti siapa yang berkebolehan bagi menggantikan tempat Tuah.
Nak dijadikan cerita, tersebutlah ada seorang pahlawan dari Negeri Sembilan (Naning) datang menawarkan diri. Sungguh hebat ilmunya. Hampir sehebat Tuah. Sultan Mahmud berasa amat gembira dengan kehadiran pahlawan tersebut.
Tetapi malangnya Melaka tetap tewas ditangan Portugis kerana.....sewaktu serangan hendak bermula, pahlawan Negeri Sembilan telah memberikan arahan 'SOGHAAAAANG, SOGHAAAAANG, SOGHAAAANG........askar Melaka tak faham, jadi diorang keluar seorang demi seorang......so macam mana nak menang?
hehe..just joke..
0 comments:
Post a Comment