Saturday, February 6, 2010

Rahsia S'seorang M'gikut Bulan Kelahiran


JANUARI

-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
-Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
-Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
-Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
-Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
-Pandai mengambil hati orang lain.
-Pendiam kecuali telah dirangsang.
-Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
-Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
-Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
-Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
-Cukup sayang pada kanak-kanak.
-Suka duduk di rumah.
-Setia pada segala-galanya.
-Perlu belajar kemahiran bersosial.
-Sifat cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI

-Berfikiran abstrak.
-Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
-Bijak dan pintar
-Berpewatakan yang mudah berubah.
-Mudah menawan orang lain.
-Agak pendiam.
-Pemalu dan rendah diri.
-Jujur dan setia pada segalanya.
-Keras hati untuk mencapai matlamat.
-Tidak suka dikongkong.
-Mudah memberontak apabila dikongkong.
-Suka kegiatan yang lasak.
-Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
-Mudah mempamerkan marahnya.
-Tidak suka benda yang remeh-temeh.
-Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
-Sangat berani dan suka memberontak.
-Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
-Pemerhatian yang tajam.
-Suka hiburan dan sukan.
-Suka benda yang bersifat seni.
-Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
-Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
-Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
-Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC

-Berpesonaliti menarik dan menawan.
-Mudah didampingi.
-Sangat pemalu dan pemendam rasa.
-Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
-Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
-Suka pada kedamaian.
-Sangat peka pada orang lain.
-Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
-Tidak cepat marah dan sangat amanah.
-Tahu membalas dan mengenang budi.
-Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
-Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
-Suka berangan-angan.
-Suka melancong.
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
-Kelam kabut dalam memilih pasangan.
-Suka dengan hiasan rumahtangga.
-Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
-Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
-Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.


APRIL


-Sangat aktif dan dinamik.
-Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
-Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
-Punya daya mental yang sangat kuat.
-Suka diberi perhatian.
-Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
-Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
-Sangat berani dan tiada perasaan takut.
-Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
-Emosi cepat terusik.
-Cuba kawal perasaan.
-Kecenderungan bersifat pendendam.
-Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
-Kuat daya ingatan.
-Gerak hati yang sangat kuat.
-Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
-Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
-Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI

-Keras hati & tegas.
-Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
-Pemikiran yang tajam.
-Mudah marah apabila tidak dikawal.
-Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
-Perasaan yang amat mendalam.
-Cantik dari segi mental & fizikal.
-Tidak perlu dimotivasikan.
-Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
-Mudah dipujuk.
-Bersikap sistematik (otak kiri).
-Suka berangan.
-Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
-Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
-Daya khayalan yang tinggi.
-Permikiran yang tajam.
-Pandai berdebat.
-Fizikal yang baik.
-Kelemahan sistem pernafasan.
-Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
-Tidak berapa suka duduk di rumah.
-Tidak boleh duduk diam.
-Tidak punya ramai anak.
-Rajin dan bersemangat tinggi.
-Agak boros.


JUN

-Berfikiran jauh & berwawasan.
-Mudah ditawan kerana sikap baik.
-Berperangai lemah lembut.
-Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
-Idea yang terlalu banyak di kepala.
-Bersikap sensitif.
-Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
-Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
-Bersikap suka menangguh-nangguh.
-Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
-Cepat marah & cepat sejuk.
-Suka bercakap & berdebat.
-Suka buat lawak & bergurau.
-Otaknya cerdas berangan-angan.
-Mudah berkawan & pandai berkawan.
-Seorang yang sangat tertib.
-Pandai mempamerkan sikap.
-Mudah kecil hati.
-Mudah kena selsema.
-Suka berkemas.
-Cepat rasa bosan.
-Sikap terlalu memilih & cerewet.
-Kurang mempamerkan perasaan.
-Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
-Suka pada barang yang berjenama.
-Mudah menjadi eksekutif.
-Kedegilan yang tidak terkawal.
-Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI


-Sangat suka didamping.
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
-Agak pendiam kecuali dirangsang.
-Ada harga dan maruah diri.
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
-Sangat menjaga hati orang lain.
-Sangat peramah.
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
-Berjiwa sentimental.
-Jarang berdendam.
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
-Tidak suka benda remeh-temeh.
-Membimbing cara fizikal dan mental.
-Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
-Layanan yang serupa terhadap semua orang.
-Tinggi daya simpati.
-Pemerhatian yang tajam.
-Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
-Mudah dan rajin belajar.
-Suka muhasabah diri.
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
-Suka mendiamkan diri.
-Suka duduk di rumah.
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
-Tidak agresif kecuali terpaksa.
-Lemah dari segi kesihatan perut.
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
-Minta disayangi.
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
-Terlalu mengambil berat.
-Rajin dalam membuat kerja.


OGOS

-Suka berlawak.
-Mudah tertawan padanya.
-Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
-Berani dan tidak tahu takut.
-Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
-Pandai memujuk orang lain.
-Terlalu pemurah & bersikap ego.
-Nilai harga diri yang sangat tinggi.
-Dahagakan pujian.
-Semangat juang yang luar biasa.
-Cepat marah & mudah mengamuk.
-Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
-Sangat cemburu.
-Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
-Cepat berfikir.
-Fikiran yang berdikari.
-Suka memimpin & dipimpin.
-Sifat suka berangan.
-Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
-Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
-Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
-Belajar untuk bertenang.
-Sikap kelam kabut.
-Romantik, pengasih dan penyayang.
-Suka mencari kawan.


SEPTEMBER-Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
-Sangat cermat, teliti & teratur.
-Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
-Pendiam tapi pandai bercakap.
-Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
-Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
-Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
-Sangat sensitif yang tidak diketahui.
-Seorang yang banyak berfikir.
-Daya pentaakulan yang baik.
-Otak bijak & mudah belajar.
-Suka mencari maklumat.
-Kawal diri dari terlalu mengkritik.
-Pandai mendorong diri sendiri.
-Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
-Suka sukan, hiburan & melancong.
-Kurang menunjukkan perasaannya.
-Terluka hatinya sangat lama disimpan.
-Terlalu memilih pasangan.
-Sukakan benda yang luas.
-Bersistematik.OKTOBER

-Suka berbual.
-Suka orang yang sayang padanya.
-Suka ambil jln tengah.
-Sangat menawan & sopan santun.
-Kecantikan luar & dalam.
-Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
-Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
-Sentiasa berkawan.
-Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
-Cepat marah.
-Macam pentingkan diri sendiri.
-Tidak menolong orang kecuali diminta.
-Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
-Tidak suka terima pandangan orang lain.
-Emosi yang mudah terusik.
-Suka berangan & pandai bercakap.
-Emosi yang kelam kabut.
-Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
-Suka melancong, bidang sastera & seni.
-Pengasih, penyayang & lemah lembut.
-Romantik dalam percintaan.
-Mudah terusik hati & cemburu.
-Ambil berat tentang orang lain.
-Suka kegiatan luar.
-Seorang yang adil.
-Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
-Mudah patah semangat.NOVEMBER

-Banyak idea dalam perkara.
-Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
-Berfikiran kehadapan.
-Berfikiran unik dan bijak.
-Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
-Pemikiran yang tajam.
-Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
-Sesuai jadi seorang doktor.
-Cermat dan teliti.
-Personaliti yang dinamik.
-Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
-Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
-Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
-Terlalu degil dan keras hati.
-Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
-Tak suka marah kecuali digugat.
-Mudah ambil berat terhadap orang lain.
-Pandai muhasabah diri.
-Cara berfikir yang lain dari orang lain.
-Otak yang sangat tajam.
-Pandai mendorong diri sendiri.
-Tidak hargai pujian.
-Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
-Cuba sampai berjaya.
-Badan yang sasa.
-Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
-Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
-Suka duduk d irumah.
-Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
-Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
-Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
-Bercita-cita tinggi.
-Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER

-Sangat setia dan pemurah.
-Bersifat patriotik.
-Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
-Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
-Bercita-cita tinggi.
-Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
-Seronok bila didampingi.
-Suka bercampur dengan orang.
-Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
-Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
-Tidak pandai berpura-pura.
-Cepat marah.
-Perangai yang mudah berubah-ubah.
-Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
-Benci pada kongkongan.
-Suka berlawak.
-Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

0 comments:

Post a Comment

DaLam KenanGan

DaLam KenanGan
 

™Tentang Dunia kYo Roy Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009